• FOLLOW US
Antarabangsa, Kpop

Song Hye Kyo Kembali Aktif Di Instagram Selepas Bercerai

Pelakon Song Hye Kyo mengubati kerinduan peminat dengan kembali aktif semula di laman Instagram (IG) miliknya yang mempunyai seramai 9.7 juta pengikut.

Kali terakhir, Hye Kyo memuat naik gambar di IG ialah pada bulan Jun lalu sebelum dirinya disahkan bercerai dengan bekas suami, aktor Song Joong Ki pada Julai lalu.

Menerusi ‘posting’ terbaharunya itu, aktres itu memasukkan gambar dirinya menggayakan kasut jenama Suecomma Bonnie yang dibidik oleh jurugambar artis, Mok Jung Wook.

 

View this post on Instagram

 

@mokjungwook @suecommabonnie

A post shared by Hyekyo Song (@kyo1122) on

Hye Kyo kini dilaporkan sedang menetap di New York bagi menghadiri satu kursus seni lakon jangka pendek namun agensi pengurusannya tidak mengesahkan perkara itu kerana ia melibatkan kehidupan privasi aktres tersebut. – KopiPlanet.com

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Send this to a friend