• FOLLOW US
Antarabangsa, Hollywood

Sophie Turner Dilaporkan Hamil, Joe Jonas Tak Sabar Bergelar Bapa

Pelakon British, Sophie Turner dilaporkan sedang hamil anak sulung hasil perkongsian hidup dengan suami, Joe Jonas.

Memetik Just Jared, bintang Game of Thrones dijangka melahirkan anak sulungnya pada hujung tahun ini.

Khabar angin mengenai kehamilan Sophie mula tercetus selepas dia serind dilihat memakai baju bersaiz besar bagi menutup saiz perutnya.

“Joe dan Sophie berniat untuk merahsiakan kehamilan itu namun keluarga dan rakan-rakan rapat mereka sangat gembira dengan perkhabaran tersebut,” kata sumber terdekat dengan pasangan tersebut.

Pasangan ini berkahwin pada Mei tahun lalu dan majlis resepsi mereka telah diadakan secara besar-besaran di Perancis. – KopiPlanet.com

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Send this to a friend