
Kumpulan Spider yang cukup popular dengan lagu Relaku Pujuk, Laukku Cukup Masin dan Aladin bakal menggembalikan kenangan dan nostalgia buat peminat setia mereka menerusi satu persembahan live istimewa di Hard Rock Cafe, Kuala Lumpur pada Mac ini.
Spider dianggotai oleh empat orang ahli kumpulan iaitu Tam sebagai penyanyi dan pemain gitar, Nafie sebagai pemain gitar utama, Iskandar sebagai pemain bass dan Ayie merupakan pemain drum akan beraksi di pentas Sunday Night Live Hard Rock Cafe KL pada 8 Mac ini bermula jam 10.30 malam.
Spider bakal beraksi selama hampir dua jam dan mendendangkan para peminat dengan lagu-lagu hits mereka seperti Kacap Terlabik, Ngam Ho, Dah ku Faham, Hidupku, Rasakan Resapkan / Telinga ke Tulang, Buat Sang Puteri, Cinta Dewa Dewi, Mabuk, Nak Lantak, Mama, Kekasihku / Kekal, Tapi Bagaimana, Aladin, Nazraku, Kau Saja dan Laukku Cukup Masin.
Tiket Sunday Night Live bersama Spider ini boleh didapati di Hard Rock Cafe Kuala Lumpur dengan harga RM100.00 (termasuk satu minuman ringan) untuk seorang pengunjung.
Sunday Night Live adalah platform yang mengetengahkan bakat artis-artis popular dan juga artis baru selain memberi peluang kepada peminat untuk berhibur dengan persembahan artis kegemaran mereka secara live. Inisiatif ini merupakan komitmen Hard Rock Cafe Kuala Lumpur untuk terus menyokong kehadiran pemuzik tanahair. Untuk sebarang maklumat lanjut sila hubungi 03-27155555. – KopiPlanet.com