• FOLLOW US
Event, Hiburan

Sunny Suwanmethanont Meriahkan Konsert dim sum Thai Pop 2019

Pelakon terkenal, Sunny Suwanmethanont antara selebriti antarabangsa yang akan memeriahkan konsert dim sum Thai Pop 2019 yang akan berlangsung pada 10 November ini di IDEAL Convention Centre, Shah Alam, Selangor.

Sunny yang cukup popular menerusi filem Brother Of The Year yang ditayangkan sekitar tahun lalu kembali menjadi perhatian apabila drama terbaharunya, My Ambulance meraih tonton ramai di platform dimsum.

Selain Sunny, lapan lagi selebriti Thailand akan mengambil bahagian iaitu Tor Thanapob Leeratanakachorn yang membintangi drama popular di Asia, Man of Vengeance, rapper Jaylerr Kritssanapoom, Pibulsongrram dan juga vokalis Captain Chonlathorn Kongyingyong serta Ice Paris Intarakomalyasut.

Konsert yang berlangsung pada jam 6 petang itu nanti turut dijayakan oleh Sky Wongravee Nateetorn, Billkin Putthipong, Thanaerng Kanyawee Songmuang dan Pearwah Nichaphat Chatchaipholrat.

Tiket-tiket berharga RM2,000 (VVIP), RM599 (VIP), RM359 (PS1), RM299 (PS2) dan RM199 (PS3) boleh didapati menerusi www.ticketcharge.com.my. Pembeli tiket VIP berpeluang menyertai sesi meet & greet bersama barisan selebriti yang menjayakan konsert tersebut.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari www.dimsum.asia, laman Facebook rasmi dimsum (@dimsum.asia) atau Instagram (dimsumasia).- KopiPlanet.com

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Send this to a friend