Cerita ArtisHiburan

Syeriv Tidak Tumpang Populariti Shaheizy Sam, Syatilla Melvin

Pelakon Syatilla Melvin menyifatkan kehadiran cahaya mata sulungnya, Syeriv Samheizy meluaskan lagi pintu rezeki buat mereka sekeluarga.

Menurut pelakon kelahiran Pulau Pinang itu, Syeriv langsung tidak menumpang populariti kedua ibu bapanya, sebaliknya dia dan suami, Shaheizy Sam yang menumpang rezeki anak mereka itu.

Mempunyai perancangan untuk menjalankan bisnes baju Melayu di bawah nama Syeriv, Syatilla menafikan dia ‘menjual’ anaknya demi meraih keuntungan segera.

“Kami yang menumpang rezeki Syeriv, bukan Syeriv tumpang rezeki kami. Namun begitu, bagi saya tiada istilah kami jual anak kerana tidak semua bayi dapat peluang macam anak-anak artis.

“Kalau mereka (ibu bapa di luar sana) dapat peluang yang sama, mereka pun akan buat macam kami. Kami hanya menjana pendapatan untuk simpanan Syeriv sendiri untuk masa akan datang sementara ada peluang ini,” katanya.

Pelakon berkenaan berkata demikian ketika ditemui pada majlis sidang media Anugerah MeleTOP Era 2018 (AME 2018) di Hotel Hilton, Kuala Lumpur semalam.

Menerusi AME 2018, Syeriv tercalon dalam pencalonan awal kategori Si Cilik MeleTOP. Turut tercalon dalam kategori tersebut ialah Aaisyah Dhia Rana, Yusof Iskandar, Lara Alana dan Aqeef Anaqi.

Sementara itu, Syatilla turut tidak terlepas daripada menjadi mangsa kecaman netizen apabila videonya menggoncang tangan Syeriv menerima pelbagai reaksi negatif.

Menurut pelakon drama Shah & Sha ini, dia menerima segala kritikan dengan hati terbuka dan melihat isu itu dari sudut positif.

“Kalau fikirkan logik saya sebagai ibu, tidak ada ibu yang akan menyakitkan anaknya sendiri. Kalau tengok depan-depan tiada apa pun. Syeriv pun suka dan gelak-gelak, cumanya saya tidak sempat rekod momen itu.

“Tak sangka pula perkara sebegini akan jadi kontroversi. Bagaimanapun, saya lihat ia dari sudut yang positif. Sebenarnya peminat Syeriv sayang dia. Rupanya ramai sayang Syeriv dan saya terima teguran-teguran tersebut dengan hati yang terbuka,” katanya. – KopiPlanet.com

 

Kredit foto: Instagram MeleTOP

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button