• FOLLOW US
Rancangan TV, TV

Drama Syurgaku Tak Sempurna 2 Papar Tema Lebih Berat

Terkenal dengan penerbitan drama dengan jalan cerita yamg berat dan mendebarkan, syarikat penerbitan DarkWave Pictures (DWP) sekali lagi tampil dengan drama sekuel Syurgaku Tak Sempurna 2 yang sedang ditayangkan di saluran Unifi TV 116 sejak 9 Oktober lalu.

Drama 30 episod arahan Raja Mukhriz Raja Ahmad Kamaruddin yang menggunakan idea asal pemilik rumah produksi DWP, Datuk Rafiena Ezanee Ramli mengangkat kisah cinta dan kekeluargaan yang menyayat hati.

Bercerita lanjut, Rafiena berkata dia bersyukur kerana drama berkenaan dapat disempurnakan di siaran Unifi TV menerusi saluran HyppSensasi pada setiap Rabu dan Khamis, jam 9 malam.

“Saya bersyukur kerana semuanya dapat diselesaikan dengan baik. Saya akui memang adat bila berdepan dengan beberapa cabaran. Prinsip kerja yang saya pegagn, work with passion, pasti kita akan dapat memberikan hasil yang sempurna.

“Setakat ini saya dapat feedback yang mengatakan rating untuk drama sekuel ini lebih tinggi daripada musim pertama. Walaupun mendapat sambutan hangat, drama ini pihak kami tidak akan buat musim ketiga sebab kita dah rangkumkan semua penamat dalam musim kedua ini,” katanya ketika ditemui pada majlis tayangan khas drama Syurgaku Tak Sempurna 2 yang diadakan di TGV KLCC, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Drama yang mengangkat tema kemurungan dan kekuatan wanita itu diterajui barisan pelakon hebat seperti Raja Ilya, Shah Iskandar, Haliza Misbun, Datuk Seri Eizlan Yusof, Zarina Zainordin, Zaidi Omar, Liza Abdullah, Arja Lee dan Datuk Mustapha Kamal. – KopiPlanet.com

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Send this to a friend