Cerita ArtisHiburan

“Tak Nak Orang Pandang Saya Hero Yang Ada Rupa Sahaja” – Remy Ishak

Kredibiliti lakonan Remy Ishak tidak perlu dipertikaikan lagi apabila dia sentiasa mencuba pelbagai jenis watak bagi memberi variasi dalam portfolio lakonannya.

Menurut pemilik nama sebenar Zalimei Ishak ini, dia enggan dikenali sebagai hero yang statik dengan satu jenis watak sahaja sebaliknya ingin dikenali sebagai pelakon versatil sepanjang memahat nama dalam industri seni tanah air.

“Saya sebenarnya lebih suka orang kenal saya sebagai pelakon versatil yang mana watak romantik, aksi atau komedi pun saya boleh bawa. Sebab dengan hanya mencuba pelbagai jenis watak, ia dapat menguji keupayaan diri saya sebagai seorang pelakon.

“Saya tak nak orang pandang saya sebagai hero romantik atau hero yang ada rupa sahaja, kalau boleh saya suka nak mempelbagaikan watak. Sebelum ini pun saya pernah karakter sebagai orang Bangladesh dan orang miskin tak terurus. Saya tidak kisah sebab ia akan membuatkan profil lakonan saya lebih besar dan beri banyak variasi kepada penonton,” katanya kepada KopiPlanet.com ketika ditemui pada majlis pelancaran drama Ombak Rindu The Series yang diadakan di Sunway Putra Mall, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Menerusi drama arahan Osman Ali itu, Remy bergandingan dengan Izara Aishah, Hanna Aqeela, Datin Diana Danielle dan Daniella Sya. Ombak Rindu The Series akan ditayangkan di Iflix.

Berlakon naskhah karya novel popular tulisan Fauziah Ashaari itu, Remy berkata banyak babak dalam drama itu pastinya meninggalkan impak kepada penonton seperti mana filem Ombak Rindu yang menjadi fenomena pada 2012.

“Peminat Ombak Rindu mesti tengok drama bersiri ini sebab banyak babak-babak menarik daripada segi hubungan suami isteri antara Hariz dan Izzah dan saya yakin ia akan meninggalkan impak kepada penonton di luar sana.

“Watak Hariz kali ini lebih berat sebab untuk empat episod drama bersiri ini karakter dia sentiasa berubah-ubah, nak tahu lebih lanjut kenalah tonton drama ini,” ujarnya lagi. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button