Cerita ArtisHiburan

Tak Terkesan Dikritik, Followers Instagram Neera Bertambah 40,000

Nama pelakon Neera Azizi baru-baru ini menjadi tular disebabkan video nyanyiannya dalam sebuah program bual bicara mendapat kecaman hebat daripada netizen dengan mengutuk kualiti vokalnya yang dikatakan tidak layak untuk bergelar seorang penyanyi.

Enggan terlalu memikirkan perkara negatif, Neera kini kembali bangkit malah bakal mengeluarkan lagi single terbaharu selepas single pertamanya, Rasa Hati dalam masa terdekat.

“Saya ambil dari sudut positif dan disebabkan video viral itu, orang yang tak tahu saya berlakon kini dah kenal saya. Malah, jumlah pengikut di Instagram juga sudah bertambah sebanyak 40,000 orang sejak nama saya tular.

“Walaupun mendapat kecaman saya akan tetap teruskan dengan kerjaya nyanyian. Makin dikecam makin saya bersemangat nak buktikan yang saya boleh menyanyi. Lepas ini pun saya akan muncul dengan single terbaharu selepas single pertama Rasa Hati dikeluarkan baru-baru ini.

Neera berkata demikian kepada KopiPlanet.com ketika ditemui pada Malam Gala Filem Get Hard di MBO The Starling Mall, Damansara baru-baru ini.

Ketika diminta mengulas mengenai insiden tular itu, Neera berkata, video yang tersebar itu sebenarnya adalah yang sudah diedit.

“Kalau diikutkan video yang tular itu bunyi dia agak lain, saya ada simpan video yang sebenar. Alhamdulillah, sekarang ramai dah dengar video sebenar yang dimuat naik oleh pengurus saya.

“Malah, sekarang pun ramai dah DM (direct message) bagi komen-komen positif pada saya. Kalau ada yang komen negatif, saya ambil pendekatan abaikan sahaja. Saya pun malas nak besar-besarkan lagi hal ini sebab sekarang pun dah reda,” katanya. – KopiPlanet.com

Kredit Foto: Instagram Neera Azizi

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button