AntarabangsaHollywood

Taylor Swift Bakal Lancar Aplikasi Sendiri

Penyanyi Taylor Swift bakal melancarkan aplikasinya sendiri yang dikenali sebagai The Swift Life bagi memudahkannya berinteraksi dengan peminat.

The Swift Life itu dikhabarkan bakal dilancarkan pada penghujung tahun ini.

Dalam video pengenalan aplikasi tersebut, Taylor mengharapkan peminat-peminatnya akan menyukai satu lagi projek yang akan dilakukannya untuk merapatkan dirinya dengan mereka.

Dalam aplikasi itu nanti, peminat akan dapat melihat video-video eksklusif yang akan dikongsikan penyanyi berusia 28 tahun itu.

Aplikasi tersebut akan dibina oleh syarikat Glu yang sebelum ini telah dipertanggungjawabkan menubuhkan mobile games Katy Perry: Top dan Britney Spears: American Dream.

Selain video eksklusif, aplikasi itu nanti akan dipenuhi dengan emoji Taylor yang diberi nama Taymojis. – KopiPlanet.com

 

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button