• FOLLOW US
Antarabangsa, Hollywood

Taylor Swift Didakwa Dah Bertunang Dengan Joe Alwyn

Penyanyi Taylor Swift dan teman lelakinya, Joe Alwyn didakwa sudah bertunang selepas penyanyi popular itu dilihat memakai sebentuk cincin di jari manisnya, baru-baru ini.

Taylor dan Joe yang jarang-jarang sekali tampil bersama pada majlis keraian telah mengejutkan peminat apabila muncul bergandingan dalam sebuah parti yang berlangsung di New York.

Peminat meneka Taylor, 30, sudah bertunang dengan kekasihnya walaupun dia memakai cincin di jari manis sebelah kanan.

Kebiasaannya pasangan bertunang akan memakai cincin di tangan kiri. Namun peminat mengandaikan mungkin Taylor cuba mencipta satu ‘trend’ baharu dengan menggayakan cincin di tangan kanannya.

Taylor dan Joe sudah hampir dua tahun menjalinkan hubungan istimewa. – KopiPlanet.com

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Send this to a friend