AntarabangsaHollywood

Teman Lelaki Curang, Dua Lipa Luah Perasaan Di Twitter

Penyanyi lagu hits New Rules, Dua Lipa tampil membuat luahan perasan di laman sosial Twitter selepas tersebar gambar teman lelakinya, Isaac Carew berlaku curang dengan wanita lain.

Menerusi gambar yang diambil paparazi itu, Isaac dilihat bercium mesra dengan seorang wanita. Ironinya, ketika sedang berciuman, kelab itu dikatakan sedang memasang lagu terbaharu dendangan teman wanitanya iaitu One Kiss.

Menulis di Twitter, Dua berkata, “Anda harus sentiasa berada dekat dengan rakan-rakan dan orang yang dikasihi, sentiasa percaya pada naluri hati anda.”

“Jangan sesekali lepaskan orang yang sentiasa berlaku jujur dengan anda. Sentiasa sayangkan mereka kerana mereka layak untuk menerimanya,” tulisnya.

Dua dan Isaac berpisah pada Februari lalu selepas dua tahun bercinta. Namun mereka dikatakan kembali bersama selepas Dua putus cinta dengan vokalis kumpulan Lany, Paul Klein.

Selepas tersebar gambar kecurangan Isaac, Dua memuat naik gambar kekasihnya di laman Instagramnya pada Isnin lalu.

Menerusi kapsyen gambar itu, ia diambil sendiri oleh Dua ketika mereka bercuti bersama di Malibu, Amerika Syarikat, tiga tahun lalu.

Setakat ini, wakil jurucakap penyanyi itu masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung isu tersebut. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button