
AntarabangsaHollywood
Tiada Persefahaman, Kelly Clarkson Fail Cerai Selepas 7 Tahun Kahwin
Penyanyi Kelly Clarkson dilaporkan sudah memfailkan permohonan cerai terhadap suaminya, Brandon Blackstock pada 4 Jun lalu.
Ketidaksefahaman dikatakan menjadi punca Kelly mengambil keputusan untuk berpisah dengan suaminya yang merupakan pengurus beberapa selebriti ternama Hollywood.
Kelly dan Brandon pertama kali berkenalan ketika bertemu pada majlis American Music Awards 2006.
Pasangan itu kemudiannya mula berkawan rapat pada 2012 sebelum mengambil keputusan berkahwin setahun selepas itu.
Hasil perkahwinan, mereka mempunyai sepasang cahaya mata iaitu River Rose, 6, dan Remington Alexander, 4.
Menerusi permohonan cerai itu, Kelly dikatakan menuntut hak penjagaan anak bersama. – KopiPlanet.com
Apakah reaksi anda?
+1
+1
+1
+1
+1
+1
+1



