
Jumlah tontonan tersebut adalah berdasarkan trailer yang dimuat naik oleh seorang pengguna Facebook yang menggunakan nama Kamarul Ariffin Nor Sadan.
Menerusi carian yang dibuat oleh portal KopiPlanet.com, pemilik akaun instagram berkenaan merupakan seorang penulis info kesihatan, motivasi diri, kisah seram, pengetahuan umum dan ulasan isu semasa.
Selain tontonan sebanyak 1.7 juta, video dan gambar yang dimuat naik juga mendapat ‘like’ sebanyak 2,400 dan 8,000 komen serta dikongsi sebanyak 61,800.
Munafik 2 mengisahkan kehidupan Ustaz Adam kembali normal setelah apa yang berlaku sebelum ini. Dia masih membantu orang-orang di sekelilingnya yang diganggu oleh syaitan dan jin.
Namun begitu, Ustaz Adam masih dihantui oleh kematian Maria yang tragis. Terdapat juga seorang wanita misteri yang terus terganggu dan mempersoalkan keimanan dan takdir tuhan.
Sementara itu di kampung bersebelahan, ada seorang wanita bernama Sakinah menetap bersama anaknya, Aman. Sakinah juga perlu menjaga ayahnya yang menderita penyakit misteri yang tidak dapat dikesan oleh doktor.
Sakinah percaya bahawa apa yang berlaku kepada keluarganya adalah kerana Abuja, seorang ‘munafik’ yang mahu memesongkan kepercayaan umat Islam terhadap Allah SWT.
Selain Syamsul, antara barisan pelakon yang turut membintangi filem ini adalah seperti Maya Karin, Mawi, Nasir Bilal Khan dan Datuk Fizz Fairuz. – KopiPlanet.com




