• FOLLOW US
Filem, Terkini

Tonton Tiada Tajuk, Peluang Menang Perodua Bezza, Yamaha Ysuku

Selepas hampir setahun merahsiakan tajuk filem pertama arahannya, akhirnya Asmawi Ani atau Mawi hari ini mendedahkan judul filem itu yang bertajuk ‘Tiada Tajuk’.

Mawi membuat pendedahan itu menerusi majlis pelancaran filem Tiada Tajuk yang diadakan di perkarangan pusat beli belah Sogo, Kuala Lumpur hari ini.

“Sebenarnya dah lebih setahun saya peram tajuk filem ini dan akhirnya hari ini saya lega dah beritahu semua mengenai tajuk filem ini yang berjudul Tiada Tajuk.

“Kalau nak tahu para pelakon pun saya rahsiakan tajuk daripada mereka. Saya harap filem ini akan dapat menarik minat penonton di luar sana,” kata Mawi kepada KopiPlanet.com.

Filem Tiada Tajuk dibintangi oleh baisan pelakon popular tanah air seperti Mawi, Joey Daud, Hazama, Kamarol Hj Yusof, Along Cham, Amira Othman dan Soya.

Menerusi majlis yang sama juga Mawi mengumumkan kejutan buat penonton yang mana penonton yang sudah menonton filem ini berpeluang memenangi hadiah utama sebuah kereta Perodua Bezza dengan hanya memberi tajuk filem serta tagline yang bersesuian dengan jalan cerita yang diketengahkan menerusi filem terbitan Mawi World Entertainment ini.

Selain Bezza, pihak penerbit turut berbesar hati menghadiahkan sebuah motosikal Yamaha Ysuku (Y15zr) serta pakej umrah atau percutian ke Australia untuk dua orang.

“Jika dulu peminat dah hadiahkan saya kereta menerusi kemenangan di Akademi Fantasia serta Anugerah Bintang Popular, kali ini apa salahnya saya hadiahkan mereka dengan kereta pula tapi dengan syarat mereka kena pergi tengok filem saya dulu,” kata Mawi secara bersahaja.

Tiada Tajuk bakal ditayangkan di pawagam seluruh negara bermula 4 April ini. Mereka yang ingin menyertai pertandingan tersebut perlu memuat turun aplikasi Mawi World di App Store atau Google Play Store.

Pertandingan tersebut terbuka kepada semua yang menonton filem Tiada Tajuk bermula pada hari pertama sehingga tamat tayangan di pawagam. – KopiPlanet.com

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Send this to a friend