• FOLLOW US
Antarabangsa, Kpop

Top Big Bang Tamat Latihan Tentera, Kepulangan Disambut Peminat

Ahli kumpulan Big Bang, Top dilaporkan telah tamat menjalani latihan ketenteraan wajib pada hujung minggu lalu.

Top dilihat meninggalkan pejabat pentadbiran bandar Yongsan, di mana dia telah berkhidmat sebagai pekerja sektor awam sejak Januari 2018.

Walaupun lebih daripada 80 peminat mengerumuni kawasan pekarangan pejabat terbabit, namun Top dilihat keluar daripada pejabat itu menggunakan pintu keluar yang lain bagi mengelak diserbu peminat.

Namun, beberapa media sempat mengambil membidik beberapa gambar ketika Top menaiki kenderaan yang membawanya pulang ke rumah.

Top memulakan khidmat tentera yang diwajibkan ke atas setiap pemuda di Korea Selatan pada Julai 2017. Namun dia telah dilucutkan daripada latihan tentera selepas didapati bersalah atas dakwaan penyalahgunaan dadah.

Selepas itu, dia terus dipindahkan melakukan kerja-kerja pentadbiran di bandar Yongsan. Sepatutnya Top dijadualkan keluar pada bulan Ogos ini namun dia dibebaskan 27 hari lebih awal selepas kerajaan mengambil keputusan mahu memendekkan tempoh latihan kepada semua pelatih ‘batch’ 2017. – KopiPlanet.com

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Send this to a friend