• FOLLOW US
Antarabangsa, Hollywood

Ulang Tahun Kedua, Ariana Grande Kenang Mangsa Bom Manchester

Penyanyi Ariana Grande telah mengabadikan kenangannya terhadap mangsa sempena ulang tahun kedua insiden pengeboman di Manchester, United Kingdom yang berlaku pada 22 Mei 2017.

Insiden itu yang berlaku ketika Ariana sedang mengadakan siri konsert jelajah di sana telah mengorbankan seramai 23 orang selain mencederakan lebih daripada 100 mangsa.

Ariana, 26, mengingati insiden itu dengan berkongsikan emoji binatang lebah yang membawa maksud simbol perpaduan di UK. Selepas kejadian menyayat hati itu berlaku, Ariana turut mencacah tatu lebah bagi mengenang mangsa-mangsa yang terlibat.

Ibu Ariana, Joan Grande turut mengenang kejadian itu dengan menulis di Twitter, “Kasih dan sayang saya buat Manchester hari ini dan selamanya, anda semua sentiasa dalam hati dan fikiran saya. Kepada anda semua yang kehilangan dan trauma dengan insiden itu, saya sayang anda semua.”

Ariana bakal kembali ke Manchester bagi menghiburkan peminat sempena Festival Pride yang akan berlangsung pada Ogos ini.

Kali terakhir penyanyi 7 Rings ini menjejakkan kaki ke sana adalah pada Jun 2017 bagi menjayakan persembahan amal, One Love Manchester Show bagi mengumpul dana untuk mangsa-mangsa penggeboman itu yang turut disertai rakan artis seperti Katy Perry, Coldplay, Justin Bieber dan Miley Cyrus. – KopiPlanet.com

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Send this to a friend