• FOLLOW US
Antarabangsa, Hollywood

Vanessa Hudgens Berjaya Jual Kediamannya Bernilai RM16 Juta

Baru-baru ini, pelakon Vanessa Hudgens telah membuat penampilan sulungnya di sebuah rancangan realiti televisyen sebagai Maureen Johnson di Fox Rent Live dan telah meletakkan harga rumahnya sebanyak RM16 juta (USD4 juta) untuk dijual.

Pelakon berusia 30 tahun ini diketahui mempercayai manifestasi dan berkemungkinan hal tersebut menjadi suatu kebetulan yang membahagiakan.

Vanessa akhirnya mengucapkan selamat tinggal kepada kediamannya itu yang dilengkapi dengan lima kamar tidur beserta enam bilik mandi yang terletak di kawasan Studio City, Los Angeles apabila berjaya menjualnya kepada TJ Paradise of Sotheby’s International Reality.

Majalah Architectural Digest ada melaporkan Vanessa telah membeli rumah yang mempunyai reka bentuk Mediterranean tersebut dengan harga RM12 Juta (USD2.9 juta) pada tahun 2008 dan kini telah disenaraikan di bawah harga RM16 juta.

Terdahulu, Vanessa dan teman lelakinya Austin Butler telah dilaporkan membeli sebuah rumah lain daripada Los Feliz dari Gary Oldman yang berharga bawah RM20 juta (USD5 juta). Perjanjian tersebut didakwa dibuat luar pasaran pada Disember lalu. – KopiPlanet.com

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Send this to a friend