Cerita ArtisHiburan

Vroom Vroom Khas Untuk Wanita Yang Ingin ‘Move On’ Cinta Lama

Penyanyi Nabila Razali yang sedang hangat dengan gelaran ratu gimik melambangkan lagu baharunya berjudul Vroom Vromm membawa maksud wanita yang ingin ‘move on’ daripada kekecewaan lampau.

Menurut Nabila, konsep lirik lagu yang dikeluarkan ini sudah pasti mempunyai kaitan dengan kisah perhubungan cinta remaja.

“Sebenarnya dalam kehidupan manusia topik utama dan paling besar adalah percintaan kerana dekat dengan hati remaja.

“Tetapi sekiranya pendengar dapat mengaitkan lagu ini dengan kisah kehidupan dan ingin ‘move on’ saya tidak kisah,” katanya kepada KopiPlanet.com

Nabila ditemui pada majlis pelancaran single dan muzik video baharu berjudul Vroom Vroom yang berlangsung di The Bee, Publika semalam.

Sebelum ini, Nabila telah menimbulkan persoalan dengan sengaja memadam gambar-gambar lamanya di Instagram dan hanya memuat naik foto aktor Fendy Bakry serta menutup ruangan komen, baru-baru ini.

Mengulas isu berkenaan, Nabila mengatakan ia hanya teaser semata-mata dan bukannya gimik yang sengaja mahu dicipta olehnya.

“Saya tidak kisah jika netizen masih beranggapan sebagai gimik kerana saya tidak boleh menghalang percakapan mereka.

“Setiap orang mempunyai kreativiti dalam pemasaran teaser. Jadi saya harap semua itu akan memberi impak untuk melonjak naik lagu tersebut,” ujarnya.

Sementara itu, single keempat ini mengambil masa setahun untuk dikeluarkan supaya setiap hasil yang dilakukan kepada Nabila akan memperoleh kebaikan.

“Sebenarnya saya suka buat perkara yang dapat membuahkan hasil dengan berusaha dan berpuas hati kerana menunggu selama setahun.

“Saya masih bekerjasama dengan Ezra Kong dan Hael Husaini untuk menghasilkan lagu ini. Mereka adalah komposer yang terbaik dalam industri muzik,” ujarnya. – KopiPlanet.com

Artikel : Syafiqah Othman
Pelajar praktikal : UiTM Puncak Perdana

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button