AntarabangsaKpop

Wanna One Keluar YMC, Bernaung Di Bawah Agensi Sendiri

Kumpulan popular, Wanna One dilapor tidak berminat untuk menyambung kontrak dengan syarikat pengurusan YMC Entertainment.

Wanna One yang dianggotai 11 ahli itu mengambi kata sepakat mahu mengembangkan kerjaya mereka di bawah agensi pengurusan mereka sendiri yang diberi nama Swing Entertainment.

Menerusi satu kenyataan media yang dikeluarkan di laman web rasmi kumpulan itu, mereka menyatakan, “Swing Entertainment merupakan syarikat pengurusan yang ditubuhkan oleh Wanna One sendiri.”

“Selepas ini segala urusan berkaitan Wanna One akan diuruskan sendiri oleh staf yang dilantik oleh kumpulan itu.

“Walaupun tidak lagi bernaung di bawah YMC Entertainment namun kami mengalu-alukan sebarang kerjasama di masa akan datang,” kata kumpulan itu.

Wanna One dianggotai Kang Daniel, Park Ji-hoon, Lee Dang-hwi, Kim Jae-hwan, Ong Seong-Wu, Park Woo-jin, Lai Kuan-lin, Yoon Ji-sung, Hwang Min-hyun, Bae Jin-young dan Ha Sung-woon.

Kumpulan ini ditubuhkan tahun lalu selepas kesemua mereka terlibat dalam program realiti Produce 101 musim kedua. Antara lagu hits mereka seperti Energetic dan Burn It Up. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
1
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button