Cerita ArtisHiburan

Zaibo Meninggal Dunia Selepas 3 Bulan Hidap Kanser Esofagus

Pelakon dan pelawak veteran, Zainal Ariffin Abd. Hamid atau lebih popular dikenali sebagai Zaibo, 62, meninggal dunia di kediamannya di Rengit, Batu Pahat, Johor kira-kira pukul 1.30 tengah hari tadi.

Berita tersebut dimaklumkan oleh salah seorang anak tirinya, Hafiz dalam laman sosial Facebook yang mengesahkan pelakon tersebut menghembuskan nafas terakhir selepas bertarung dengan kanser esofagus tahap empat sejak September lalu.

“Ayah telah pergi dijemput Ilahi pada pukul 1.30 tengah hari tadi. Jenazah akan dikebumikan selepas Isyak. Mohon doa semua agar roh Allahyarham ditempatkan dalam kalangan insan terpilih,” katanya.

Jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rengit selepas solat Isyak.

Zaibo cukup dikenali penggemar sitkom 90’an, Spanar Jaya yang menggandingkannya dengan Ahmad Idham, Opie Zami dan Wardina Saffiyah.

Allahyarham juga pernah memainkan peranan kecil dalam filem Hollywood, Anna and The King.

Selain itu, Zaibo juga cukup popular dengan wataknya sebagai penjual mi rebus menerusi sitkom Singapura, Under One Roof yang disiarkan pada tahun 1995.

Isnin lalu, Puteri Johor Tunku Aminah Maimunah Iskandariah Sultan Ibrahim bersama suami, Dennis Muhammad Abdullah sempat meluangkan masa melawat Zaibo di kediamannya. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button