Cerita ArtisHiburan

Zizan Nafi Kahwin Tahun Ini, Akui Masih Belum Ada Teman Istimewa

Pelakon dan pelawak Mohammad Razizan Abdul Razak atau Zizan Razak, 35, menafikan dia pernah mengeluarkan kenyataan mengatakan dirinya bakal menamatkan zaman bujang pada tahun ini.

Menurut Zizan, sehingga kini dia masih belum mempunyai teman istimewa sebaliknya hanya lebih senang berkawan sahaja dengan mana-mana wanita.

“Saya tiada perancangan untuk berkahwin pada tahun ini dan saya juga tidak pernah buat pengakuan nak kahwin tahun ini. Sebaliknya, saya cuma bertanya dengan peminat di laman Instagram bila agaknya mereka rasa saya akan tamatkan zaman bujang.

“Sekarang ini saya berkawan sahaja dengan semua orang dan tiada yang istimewa. Saya rasa tak salah untuk saya berkawan dengan mana-mana wanita,” kata Zizan kepada KopiPlanet.com.

Zizan ditemui pada majlis sidang media filem Bikers Kental 2 yang berlangsung di The Gasket Alley, Petaling Jaya semalam.

Dalam pada itu, anak jati Terengganu ini juga tidak meletakkan sebarang sasaran bila dia bakal menamatkan zaman solo dan menyerahkan soal jodoh di tangan Allah SWT.

“Kalau boleh hari ini juga saya nak kahwin, tetapi soal jodoh ini semua kerja Allah. Saya tidak kisah sekiranya dipertemukan jodoh dengan artis sebab saya tidak boleh menolak kalau itu takdir daripada Allah.

“Cuma, apa yang penting bakal isteri saya perlu mendapat restu terlebih dahulu daripada ibu saya. Tipulah kalau saya cakap ibu tidak bertanya bila saya nak kahwin, namun dia sangat memahami saya,” ujarnya lagi.

Ketika ditanya adakah wanita berhijab menjadi kriteria Zizan dalam memilih pasangan hidup, Zizan berkata, “Bertudung atau tidak itu bukan keutamaan, yang penting pada hati, kejujuran, amanah dan pendirian dia.”

“Bertudung itu luaran sahaja. Bagaimanapun, ia tetap satu benda yang penting dalam ajaran agama kita (untuk wanita menutup aurat),” kata Zizan.

Zizan sebelum ini pernah dikaitkan bercinta dengan Emma Maembong dan Mira Filzah. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button