Cerita ArtisHiburan

Zizan Razak Tak Fokus Nak Kahwin Lagi, Risau Kesihatan Nenek

Pelakon dan pelawak popular, Zizan Razak menyatakan bahawa mendirikan rumah tangga tidak termasuk dalam senarai yang mahu dilakukannya pada masa ini.

Menurut Zizan atau nama penuhnya, Mohammad Razizan Abdul Razak, 36, dia kini lebih memberi fokus terhadap kerjaya seni, selain bimbang dengan tahap kesihatan neneknya iaitu Zainon Ismail, 80.

“Buat masa ini saya tidak fikir tentang kahwin, banyak benda lain yang saya perlu buat lagi. Keutamaan saya sekarang ialah untuk jaga keluarga saya. Sekarang nenek saya sedang sakit di kala saya kembali sibuk dengan kerja, saya sangat risau sekiranya jadi apa-apa.

“Doktor syak nenek saya ada ketumbuhan yang berkemungkinan kanser namun ujian diagnosis belum lagi keluar sama ada betul ia penyakit kanser atau tidak. Lain-lain hal saya okay, tetapi bila part macam ini (nenek sakit), saya jadi sedikit berat (terkesan).

“Disebabkan tu saya risau jika tak sempat pulang ke Dungun untuk menjenguknya. Saya harap semua orang memahami, kadang-kadang jadi pelawak ni sukar sebab orang ingat kita asyik nak melawak je,” katanya.

Zizan ditemui pada majlis pelancaran program terbaharu terbitan Astro Warna, The Masked Singer yang berlangsung di The Linc, Jalan Ampang, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Menerusi program itu, Zizan memainkan perenna sebagai juri yang akan menilai para peserta berpakaian kostum sambil menyanyi.

> Baca: Siti Sarah Menangis Jumpa Tok Batin Buat Permohonan Maaf

Antara selebriti lain yang bertindak sebagai juri ialah Nabila Huda, Michael Ang, Ella, Angah Raja Lawak, Remy Ishak, Ramona Zamzam, Datuk Aznil Nawawi dan Raja Azura.

Sementara itu, Zizan enggan mengulas lanjut mengenai isu komen yang ditinggalkannya menerusi akaun Instagram salah seorang ahli kumpulan K-Pop Blackpink, Jennie.

“No to Jennie (enggan ulas isu),” katanya ringkas.

Zizan sebelum ini dikecam netizen selepas meninggalkan komen yang dikatakan berbaur lucah selepas Jennie memuat naik gambar dirinya memakai seluar dalam jenama antarabangsa terkenal. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button