Cerita ArtisHiburan

Zul Yahya Terokai Bisnes Pasaraya, Buka Kedai Di Ipoh

Selepas Datuk Rosyam Nor, seorang lagi pelakon iaitu Zul Yahya tampil menceburkan diri dalam bisnes penjualan barang-barang runcit dan pasaraya.

Menerusi laman Instagramnya, Zul berkongsikan dia bakal menjayakan perniagaan Zulyahya Mart yang beroperasi di Ipoh, Perak.

“MasyaAllah, kami (saya) belum baik, baru belajar korbankan sikit-sikit untuk perkara baik. Doakan kami semoga dapat mendidik diri dan keluarga digerakkan agar sentiasa korbankan diri, masa dan harta untuk kehidupan agama.

“Berniaga perlukan usaha, tawakal dan doa yang tidak putus-putus. InsyaAllah,” tulisnya di Instagram.

Menerusi satu entri lagi, Zul berkata dia menubuhkan pasaraya itu agar dapat membantu dan berkongsi rezeki dengan saudara seagama.

Zul turut menerima ucapan tahniah daripada peminat dan rakan artis seperti Shuib Sepahtu yang juga merupakan usahawan perniagaan minuman berasaskan madu lebah. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button