• FOLLOW US
Rancangan TV, TV

11 Selebriti Cabar Diri Menari Dalam Dansa Dan Sing

Seramai 11 penyanyi dan selebriti tempatan mencabar diri menerusi sebuah program terbaharu terbitan Astro iaitu Dansa Dan Sing.

Program yang memberi fokus kepada elemen tarian itu bakal memperlihatkan bakat terpendam penyanyi-penyanyi ini berdansa mengikut rentak lagu yang dipersembahkan.

Antara nama-nama popular yang terpilih menyertai Dansa Dan Sing ini ialah Arja Lee, Shiha Zikir, Sophia Liana, Chubb-E, Wani Kayrie, Nik Qistina, Waris, Raja Syahiran, Harris Baba, Atilia Haron dan Yasmin Hani.

Pengurus Saluran Astro Ria, Emarina Mohd Kamal berkata, “Berdasarkan pengalaman dan pemerhatian kami, bidang seni tari dan seni suara merupakan antara cabang seni yagn berpengaruh dan paling mendapat perhatian masyarakat dunia secara amnya.”

“Melihat kepada potensi pasaran komersial untuk menembusi kelompok penonton yang disemarakkan oleh kedua bidang yang saling melengkapi ini, sudah tiba masanya untuk pihak Astro dengan melakar inisiatif baharu yang menyaksikan gabungan dinamik seni tari dan seni suara menerusi ruang perkongsian di pentas Dansa Dan Sing.

“Uniknya program ini, pihak Astro memberi kelonggaran kepada para peserta untuk memilih sendiri koreografer dan kru tarian masing-masing kerana kami sedar cabaran untuk menari dan menyanyi secara serentak bukanlah mudah.

“Selain menuntut persediaan rapi daripada segi mental dan fizikal untuk menguasai teknik tarian dan lantunan vokal yang padu, mereka juga perlu memiliki kemarhian yang tinggi untuk mengawal pentas di samping kekuatan stamina bagi memberikan persembahan yang cukup bertenaga kernaa setiap peserta bakal dinilai berdasarkan aspek tarian dan nyanyian,” katanya kepada KopiPlanet.com ketika ditemui pada majlis sidang media Dansa Dan Sing yang berlangsung di The Starling Mall, Damansara baru-baru ini.

Yang menariknya, setiap persembahan peserta bakal diadili dua nama besar industri iaitu koreografer terkenal, Linda Jasmine dan juga pereka fesyen tersohor, Datuk Rizalman Ibrahim selaku juri tetap. Mereka akan mengadili sebanyak 70 peratus daripada segi tarian manakala selebihnya menerusi vokal peserta.

Juara Dansa Dan Sing akan membawa pulang wang tunai bernilai RM100,000 beserta trofi sumbangan Astro. Manakala tempat kedua dan ketiga pula memenangi RM50,000 dan RM25,000 beserta trofi. Untuk pemenang tempat dan kelima juga tidak akan pulang dengan tangan kosong yang mana masing-masing bakal membawa pulang RM10,000 dan RM5,000 beserta trofi.

Dansa Dan Sing akan bersiaran setiap Ahad, jam 9 malam mulai 5 Januari ini di saluran Astro Ria (104) dan Ria HD (123). Ia akan dihoskan oleh pengacara popular, Sherry Al-Hadad. – KopiPlanet.com

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Send this to a friend