Cerita ArtisHiburan

2018 Tahun Liza Hanim Lunas Impian Tertangguh

Pemenang tempat kedua Gegar Vaganza 4 (GV4), Liza Hanim berharap tahun baharu 2018 menjadi tahun untuknya melunaskan semua impiannya yang tertangguh sejak dahulu lagi.

Menurut Liza, dia berharap perancangan untuk mengadakan showcase bakal menjadi kenyataan seperti mana yang akan direncanakan pihak pengurusannya, LOL Entertainment.

“Impian saya sejak dari dulu adalah untuk menjayakan showcase atau konsert dan nampaknya ia bakal dilaksanakan pada tahun hadapan seperti mana yang telah dirancangkan pihak pengurusan.

“Saya harap sangat ia menjadi kenyataan memandangkan itu merupakan impian saya sejak sebelum berkahwin lagi,” katanya ketika ditemui pada program santai bersama peminatnya yang diadakan di Warisan Corner, Klang baru-baru ini.

Majlis ramah mesra yang dihadiri lebih 50 peminat setia penyanyi itu adalah bagi menghargai sokongan mereka sepanjang Liza melibatkan diri dalam GV4.

Selain mengadakan showcase, sebagai hadiah buat peminatnya, Liza juga bakal muncul dengan single terbaharu berjudul Mimpi.

“Single terbaharu saya, Mimpi merupakan ciptaan Hafiz Hamidun dan lirik oleh Ahmad Fedtri Yahya dan ia akan dilancarkan pada Februari nanti,” katanya yang turut berhasrat untuk menunaikan umrah bersama suami tercinta, Mohd Shahrin Mohd Samsudin dan ibu mertuanya pada tahun hadapan.

Ketika ditanya adakah dia akan kembali aktif dalam bidang lakonan, Liza berkata dia tidak mempunyai masalah dengan perkara itu namun perlu mengikut kepada kesesuaian waktu dan lokasi.

“Saya utamakan keluarga daripada kerjaya, pihak pengurusan pun sedia maklum mengenai perkara itu. Sekiranya ada tawaran lakonan, saya perlu tengok kesesuaian, sebabnya saya tak boleh bekerja di luar Lembah Klang memandangkan tanggungjawab sebagai seorang ibu. Saya agak keberatan nak tinggalkan anak-anak,” ujarnya lagi.

Hasil perkahwinan dengan bekas ahli kumpulan Indigo itu, Liza mempunyai empat orang cahaya mata yang sedang membesar iaitu Marsya Qistina, 14, Marissa Qalreen, 8, Mohamed Salahuddin, 6, dan Mohamed Ibrahim, 2 tahun. – KopiPlanet.com

Kredit Foto: Instagram Liza Hanim

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button