• FOLLOW US
Cerita Artis, Hiburan

4U2C Bergabung Semula Di StereoFest, Kembalikan Nostalgia Rantai CD

Kumpulan yang cukup popular dengan lagu Fiona, 4U2C bakal membuat penyatuan semula menerusi Festival Muzik Melayu Terbesar Di Singapura – StereoFest 2020 yang bakal diadakan pada 22 dan 23 Februari depan di Palawan Green, Sentosa, Singapura.

Mewakili ahli kumpulan yang lain, Datuk AC Mizal berkata, kesemua tujuh anggota 4U2C akan bergabung semula dan menggembalikan nostalgia seperti dua dekad dahulu.

“Sebenarnya kami tak jangka pun akan bergabung semula sebab masing-masing dah ada komitmen kerja, malah dua ahli kumpulan kami pun dah berhijrah ke Indonesia.

“Kemudian, saya cabar isteri kalau dia boleh kumpulkan kami semua semula, dia memang hebat! Alih-alih memang sudah rezeki kami dapat bersatu semula untuk StereoFest ini,” ujarnya.

Beliau berkata demikian kepada KopiPlanet.com ketika ditemui pada majlis sidang media StereoFest 2020 yang diadakan di Hotel Ibis, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Kumpulan 4U2C yang ditubuhkan pada 1992 mempunyai tujuh ahli iaitu AC, Azam, Lan, Yan, Joe, Rin dan Adik dan cukup popular sekitar era 90-an.

Menurut AC Mizal, jauh di sudut hatinya memang dia sebenarnya sudah lama teringin untuk kembali mengadakan persembahan bersama 4U2C.

“Memang saya sentiasa rindu untuk adakan persembahan dengan 4U2C sebabnya saya kalau atas pentas memang team player, tak boleh perform seorang-seorang, nanti jadi janggal.

“Untuk persembahan di festival ini nanti kami akan mainkan lapan lagu medley termasuk lagu-lagu hits kami seperti Fiona dan Kami Rapper dan yang menariknya kami akan tampil dengan attire yang sama seperti zaman kegemilangan dahulu, tetap akan pakai jeans bersama rantai berbentuk CD yang merupakan trademark 4U2C,” katanya.

Selain 4U2C, festival muzik terbesar di kota Singa itu turut dimeriahkan dengan persembahan daripada Judika, Ismail Izzani, Zee Avi, Elizabeth Tan, Andi Bernadee, New Boyz dan Ayda Jebat.

Tiket berharga RM204, RM384, RM594 dan RM1,104 (sesi meet & greet) boleh didapati dengan melayari laman web www.stereofest.asia. – KopiPlanet.com

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Send this to a friend