Walaupun sehingga kini penyanyi Shawn Mendes dan Camila Cabello tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan mengatakan mereka bercinta, namun gambar mereka sedang berpeluk dan berpegangan tangan pula menggambarkan sebaliknya.
Menerusi foto-foto yang berjaya dirakam paparazi itu mereka berdua kelihatan berpegangan tangan di sekitar kejiranan di Los Angeles, Amerika Syarikat mencari lokasi makan tengahari.
Shawn dan Camila baru-baru ini baharu sahaja keluar dengan single duet bersama berjudul Senorita. Muzik video lagu itu mendapat perhatian peminat apabila mereka melakonkan babak aksi romantis seolah-olah menyakinkan gosip yang mereka kini sedang berpacaran.
Lebih menguatkan gosip itu apabila Camila baharu sahaja dilaporkan putus cinta dengan bekas teman lelakinya, Matthew Hussey selepas 18 bulan bercinta. – KopiPlanet.com





