Cerita ArtisHiburan

Amir Ukays Terkilan Lagu Baharu Tak Diputarkan

Penyanyi Amir Ukays atau nama sebenarnya Mohd Azmir (mengakui terkilan dengan sikap segelintir stesen radio tempatan yangg tidak mahu memutar lagu baharu penyanyi lama yang mahu membuat kemunculan semula

Menurutnya, situasi itu dialami sendiri apabila lagu baharu nyanyiannya tidak pernah langsung diputarkan, meskipun sudah menghantar single itu sejak lima tahun lalu.

Single berjudul Kasih Terlihat yang dicipta oleh komposer Saari Amri itu sehingga kini tidak tidak pernah mendapat peluang untuk dimainkan di corong-corong radio.

“Kenapa radio tak nak putarkan lagu penyanyi lama seperti saya bila buat kemunculan semula. Memang kasihan sebab bila nak buat kemunculan semula, kita keluar duit sendiri tetapi radio tak nak mainkan. Bagi saya radio main peranan bagi menjadikan sesebuah lagu itu popular dan dikenali.

“Saya pernah duduk berborak dengan seorang deejay, dia kata stesen radio tak nak putarkan lagu baharu penyanyi-penyanyi lama ini sebab mereka takut lagu yang diputarkan itu tidak boleh menandingi lagu-lagu hits terdahulu yang pernah didendangkan oleh penyanyi tersebut,” ujarnya ketika ditemui pada majlis sidang media Amir Ukays Live Showcase di D’Saji Titiwangsa, hari ini.

Amir menyatakan kekesalannya itu bagi mewakili rakan-rakan yang turut menerima nasib yang sama sepertinya.

“Saya sampaikan dah serik nak buat lagu baru disebabkan perkara macam ini. Siapa yang boleh bantu kami kalau situasi ni berlaku secara berterusan?

“Saya ini pun kiranya nasib baik ada banyak lagu-lagu hits dulu. Jadi, kiranya bolehlah bernafas juga (dapat show nyanyi lagu-lagu popular Ukays),” katanya lagi.

Sementara itu, untuk showcase yang bakal berlangsung 1 Disember ini di D’Saji Titiwangsa, Amir berkata dia akan mendendangkan 12 buah lagu hits Ukays yang mana ia terbahagi kepada dua segmen iaitu akustik dan iringan band sessionist.

Antara lagu yang akan dipersembahkan adalah seperti Sebak, Seksa, Di sana Menanti Di Sini Menunggu, Kekasihku Di Menara Gading dan lain-lain lagi.

Harga tiket untuk Showcase Amir Ukays yang dianjurkan Best FB KL Concerts ini dijual pad harga RM100.00 hingga RM300.00. – KopiPlanet.com

 

VIP (Meet & Greet) – RM300.00 seorang

Platinum – RM250.00 seorang

Gold – RM200.00 seorang

Silver – RM150.00 seorang

Bronze – RM100.00 seorang

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button