Cerita ArtisHiburan

Apa Sebabnya Amira Othman Elak Bercinta Dengan Rakan Artis?

Penyanyi Amira Othman menjelaskan dia sebenarnya ingin mengelakkan diri daripada bercinta dengan sesama rakan artis.

Ini kerana menurut Amira, 24, dia merupakan seorang yang kuat cemburu dan pasti sukar baginya untuk menghadapi perkara itu sekiranya teman istimewanya merupakan individu yang terlibat dalam bidang seni.

“Saya sebenarnya kalau boleh tak nak teman lelaki daripada kalangan artis sebab saya seorang yang kuat cemburu.

“Kalau boleh, lelaki luar industrilah. Tapi macam mak saya selalu cakap, yang kita tak nak itulah nanti yang dapat. Itu yang saya tidak mahu lebih-lebih bercakap pasal hal ini,” katanya kepada KopiPlanet.com ketika ditemui pada majlis pelancaran single terbaharunya, Mimpi Indah di Flora Terrace, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Mimpi Indah merupakan single ketiga Amira selepas Hati-Hati dan Jaga-Jaga. Ia merupakan hasil ciptaan sepenuhnya oleh Hael Husaini.

Sementara itu, ketika diminta mengulas mengenai gosip yang mengatakan dia kini semakin rapat dengan penyampai radio Era, Radin, Amira menjelaskan hubungan mereka sekadar rakan sekerja dalam industri.

“Kami kawan sahaja, rakan sama-sama dalam bidang seni. Sebenarnya memang kami tiada sebarang hubungan istimewa, Raden memang seorang yang rajin bagi pick line up di media sosial.

“Jangan salah faham, bukan saya sahaja, ramai juga artis wanita lain dia bagi pick up line. Dia memang suka-suka sahaja mengusik,” katanya lagi.

Mengenai single terbaharunya, Amira berkata Mimpi Indah masih lagi mengekalkan genre lagu yang sama seperti dua lagunya sebelum ini.

“Genre lebih kurang sama sebab kami nak kekalkan konsep Hati-Hati dan Jaga-Jaga.

“Namun bagi Mimpi Indah, temponya diperlahankan sedikit ala-ala lagu ‘lullaby’ dan sebab itu juga saya memilih judulnya Mimpi Indah,” katanya. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button