Cerita ArtisHiburan

Farahdhiya Bengang Masih Sering Terima Gambar Kemaluan Lelaki

Penyanyi Farahdhiya yang sebelum ini pernah berkongsi cerita dia sering kali didatangi dengan mesej-mesej dan gambar lucah menerusi laman sosial Instagramnya, sekali lagi meluahkan perasaan bengangnya di atas perkara yang sama.

Menurut pelantun lagu Bertakhta Di Hati ini, sehingga kini dia masih lagi menerima banyak gambar kemaluan lelaki yang dihantar menerusi mesej peribadi (DM).

Menerusi Insta Story, Farahdhiya menulis, “Jujurnya dah banyak kali terima gambar kemaluan lelaki yang dihantar melalui DM, I’m getting sick of it!”

Disebabkan rasa jelik dengan perbuatan segelintir pengikutnya yang ternyata tidak bertanggungjawab, dia telah terpanggil untuk mendedahkan profil serta gambar si pelaku tersebut di Instagramnya bagi memberi pengajaran.

“I rasa I nak kongsi nama orang tu dan gambar ‘anu’ dia sekali, biar satu Malaysia kenal. Nak sangat tunjukkan? Should I?,” tulisnya sambil bertanyakan kepada pengikut Instagramnya. – KopiPlanet.com

Kredit foto: Instagram Farahdhiya

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
1
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button