Cerita ArtisHiburan

Bercinta Dengan Mr. AR Tepis Dakwaan Reen Rahim Lesbian

Mendedahkan hatinya kini sudah dimiliki seorang jejaka dikenali sebagai Mr. AR, Reen Rahim berharap ia dapat menutup gosip tidak berasas yang mendakwanya pernah mengamalkan hubungan sejenis.

Menurut pelakon berusia 30 tahun itu, dia kini dalam fasa mengenali hati budi pemuda yang berjaya membuka kembali hatinya untuk bercinta selepas hampir dua tahun hidup solo.

“Kami sedang dalam fasa mengenali hati budi. Saya sebenarnya kenal Mr.AR menerusi kawan dan dari situ kami mula jatuh hati.

“Dia sekarang bekerja di luar negara. Walaupun berjauhan, saya tak pernah merasa jauh daripadanya.

“Setiap hari kami memang akan curi masa untuk berkomunikasi menerusi Face Time ataupun Skype.

“Saya juga berharap dengan pengakuan ini dapat menutup gosip terdahulu yang pernah mendakwa saya seorang lesbian,” katanya kepada KopiPlanet.com.

Reen ditemui pada majlis Rumah Terbuka Mind Order yang diadakan di Kach’e, Shah Alam baru-baru ini.

Aktres bermata bundar ini juga berkongsi cerita yang dia baharu sahaja pulang bercuti di Greece bersama teman lelakinya itu.

“Kami bukan pergi berdua sahaja, sebaliknya percutian ini turut disertai keluarga saya.

“Apa yang boleh saya katakan saya yakin dengan hubungan ini. Saya sebenarnya seorang yang tidak mudah percaya orang.

“Sebab itu lama juga saya single dalam dalam dua tahun sebelum bersama Mr. AR.

“Tapi dengan Mr. AR ini saya dapat rasakan keserasian di antara kami dan saya selesa bersama dengannya,” kata pelakon yang mula dicungkil bakatnya menerusi program realiti Pilih Kasih ini. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button