
Kandungan Dah Cecah 6 Minggu, Syatilla Redha Keguguran Anak Kedua
Menurut isteri aktor Shaheizy Sam itu, kandungannya yang sudah memasuki usia enam minggu itu gugur ketika dia sedang sibuk melakukan kerja rumah.
“Saya masih dalam mood berpantang selepas mengalami keguguran minggu lalu. Memang sedih sebab saya dan Sam memang nak timang anak kedua dalam masa secepat mungkin. Saya sebenarnya dah menyedari diri sedang berbadan dua tapi tak sangka gugur, mungkin disebabkan saya agak lasak melakukan kerja rumah.
“Saya terpaksa tunggu ketulan janin itu keluar selepas saya terasa sakit di pinggang dan alami pendarahan yang sangat teruk. Saya terima ujian itu dengan redha. Memang seksa tapi apakan daya, tiada rezeki. Ini bukan kali pertama sebab saya pernah gugur sebelum melahirkan Syeriv dulu,” katanya kepada KopiPlanet.com.
Susulan kejadian itu, Syatilla berkata dia akan lebih berhati-hati selepas ini agar perkara yang sama tidak berulang lagi.
Syatilla dan Sam berkahwin pada 8 Februari 2016 dan hasil perkahwinan mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Syeriv Samheizy yang kini berusia 15 bulan. – KopiPlanet.com