AntarabangsaHollywood

Demi Lovato Umum Cuti Lama, Jalani Rawatan Di Pusat Pemulihan

Selepas pulang daripada menerima rawatan di Hospital Cedars-Sinai, Los Angeles, penyanyi Demi Lovato kini dikhabarkan dimasukkan ke sebuah pusat pemulihan di Chicago.

Demi turut mengambil kesempatan ini untuk bercuti lama daripada bidang seni bagi merawat masalah kemurungan dan ketagihan yang dialaminya.

Penyanyi berusia 25 tahun itu sebelum ini memberi kenyataan telah membatalkan siri konsert jelajah album terbaharunya, Tell Me You Love Me.

Menurut satu sumber dalaman E!News, Demi ketika ini tidak berhubung dengan sesiapa kecuali ahli keluarganya sahaja.

Malah, Demi langsung tidak berhubung dengan bekas teman lelakinya, aktor Wilmer Valderrama yang sering melawatnya di hospital sebelum ini.

“Wilmer sentiasa berhubung dengan keluarga Demi untuk mengetahui tahap kesihatan penyanyi itu tapi dia langsung tidak diberi kesempatan untuk bertemu dengan bekas teman wanitanya.

“Ahli keluarga Demi berbuat demikian kerana ingin pastikan Demi tidak diganggu sesiapa dalam usahanya untuk fokus dengan kesihatannya,” kata sumber tersebut.

Pada 25 Julai lalu, penyanyi yang terkenal dengan lagu Give Your Heart A Break itu ditemui tidak sedarkan diri akibat pengambilan dadah berlebihan di kediamannya.

Sebelum ini, Demi pernah mendedahkan masalah yang dihadapinya seperti menangani kemurungan, gangguan pemakanan dan ketagihan dadah. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button