Cerita ArtisHiburan

Tak Harap Platform Digital, Estranged Mahu Jual Sendiri CD

Kumpulan Estranged enggan mengharapkan jualan platform digital untuk single terbaharu mereka berjudul Milik Ku yang telah dilancarkan pada 15 September sempena perayaan Hari Malaysia tahun ini.

Menurut Rich, mereka telah sebulat suara untuk tidak memuat turun karya terbaharu itu menerusi platform Spotify dan YouTube.

“Kami hanya percayakan hasil melalui penjualan CD, malah melalui jualan fizikal ia akan memberi satu pengalaman yang bersifat lebih peribadi.

“Ia berlainan kerana pembeli dapat memiliki sesuatu yang fizikal daripada digital. Malah, ia merupakan sebuah momento daripada Estranged,” kata Rich.

Susulan keputusan itu, Ku Miliku hanya boleh didapati menerusi penjualan CD yang boleh dibeli menerusi laman Facebook Estranged yang turut dianggotai Din dan Hanafi.

Sementara itu, Din berkata mereka terpaksa memilih untuk menjual sendiri CD kerana merasakan jaringan Spotify dan YouTube tidak dapat memberi sebarang pulangan lumayan.

“Kita ada memiliki banyak lagu, tetapi tiada duit atau pulangan yang setimpal. Sudah tentu perkara ini amat menyedihkan,” ujar Din.

Untuk rekod, single itu telah berjaya terjual sebanyak 300 unit ketika Estranged menjayakan persembahan Pesta Harapan di Petaling Jaya baru-baru ini. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button