
John Mayer Cuba Pikat, Kourtney Kardashian Tak Layan
Cubaan penyanyi John Mayer cuba memikat sosialit terkenal, Kourtney Kardashian nampaknya tidak kesampaian apabila kakak kepada Kim Kardasshian itu dilaporkan tidak berminat terhadap dirinya.
Menerusi laporan US Weekly, John bertemu dengan Kourtney dalam parti GQ Men of the Year yang diadakan baru-baru ini.
Sumber mendakwa John kelihatan begitu tertarik dengan Kourtney malah sempat menegur bintang siri Keeping Up with the Kardashian itu dengna mengatakan yang mereka perlu bertemu janji lagi selepas ini.
Kourtney walau bagaimanapun dikatakan tidak mempunyai perasaan yang sama terhadap John yang cuba untuk mengoratnya.
Penyanyi yang terkenal dengan lagu Your Body Is Wonderland itu sebelum ini pernah dikaitkan bercinta dengan Katy Perry, Jennifer Aniston, Jessica Simpson dan Taylor Swift. – KopiPlanet.com