
Meghan Trainor Bergelar Isteri Kepada Pelakon Spy Kids
Penyanyi Meghan Trainor, 25, akhirnya selamat disatukan sebagai suami isteri dengan kekasih hatinya, pelakon Daryl Sabara, 26, yang terkenal dengan filem Spy Kids.
Pelantun lagu Dear Future Husband itu berkahwin dalam satu majlis tertutup yang berlangsung di taman belakang kediaman mewahnya di Los Angeles, Sabtu lalu. Lebih bermakna majlis itu diadakan bersempena tarikh ulang tahun ke-25 Meghan.
“Ia suatu permulaan untuk satu kehidupan yang menggembirakan. Satu permulaan baharu,” kata Meghan merungkai mengenai perkahwinannya itu.
Majlis pernikahan mereka dihadiri 100 tetamu yang terdiri daripada ahli keluarga dan rakan rapat kedua-dua pengantin.
Meghan menggayakan gaun pengantin rekaan Berta dan disempurnakan dengan sepatu cantik rekaan Badgley Mischka.
Pasangan ini mula bercinta pada 2016 selepas diperkenalkan oleh pelakon Chloe Moretz. – KopiPlanet.com



