Cerita ArtisHiburan

Rosyam Buat Laporan Polis Susulan Fitnah Libatkan Pasar Rayanya

Susulan isu yang tular di media sosial berhubung dengan pasar raya ST Rosyam Mart Rabu lalu , Datuk Mohamed Noor Bin Shamsudin, 52, atau lebih dikenali sebagai Rosyam Nor telah tampil ke hadapan bagi menjelaskan isu tersebut.

Menurut Rosyam Nor, beliau tampil memberi kenyataan maklum balas berkenaaan perkara tersebut bagi membersihkan nama beliau serta rakan kongsinya Datuk Raymond Ho.

Selain itu, dua laporan polis turut di buat oleh Rosyam susulan dakwaan yang mengatakan beliau ‘barua Cina’ dan memfitnah bapa kepada rakan kongsinya seorang pengedar dadah.

“Saya sebenarnya bukanlah seorang yang suka memperbesarkan isu ini kerana saya tahu ada hikmah di sebalik kejadian yang berlaku.

“Niat saya baik membuka pasar raya ini bagi membantu orang Melayu sendiri tetapi disalah ertikan.

“Namun begitu, perkara ini telah menjejaskan nama baik saya apabila di gelar ‘barua cina’ serta memburukkan nama rakan kongsi saya Datuk Raymond serta ayahnya Ho Ah Chai.

“Saya membuat laporan polis bagi membersihkan nama saya serta ayah kepada rakan kongsi saya iaitu Ho Ah Chai yang telah didakwa oleh netizen sebagai pengedar dadah,” katanya kepada KopiPlanet.com.

Rosyam ditemui pada majlis sidang media yang diadakan di Dewan Sri Iskandar, Setiawangsa, Kuala Lumpur, hari ini.

Di samping itu, pemilik syarikat produksi tempatan, Suhan Movies & Tranding Sdn. Bhd itu turut mengakui bahawa beliau merupakan pemegang saham 10% pasar raya St Rosyam Mart dan tidak mempunyai sebarang perkaitan dengan Sri Ternak milik Ho Ah Chai.

“Perlu saya perkatakan, saya tidak terlibat dalam Sri Ternak dan saya hanya terbabit dalam ST Rosyam Mart sebagai 10 peratus pemegang saham sahaja.

“Sebelum ini saya telah nyatakan bahawa ST Rosyam Mart adalah perkongsian bersama Datuk Raymond dan agak mustahil bagi seorang selebriti seperti saya untuk bangunkan pasar raya ini tanpa bantuan orang yang lebih berpengalaman dalam perniagaan pasar raya,” ujarnya.

Sementara itu, bagi Rosyam, beliau melihat isu ini ada hikmahnya sendiri apabila ia secara tidak langsung turut memberi publisiti kepada perniagaan runcit yang diusahakannya kini.

Pasar raya ST Rosyam Mart yang dibuka 24 jam sehari mula beroperasi di Setiawangsa sejak pertengahan tahun lalu.

Pasar raya ini pernah menjadi viral diserbu pelanggan kerana menawarkan seekor ayam dengan harga 88 sen sahaja. – KopiPlanet.com

Artikel :Syafiqah dan Fatin
Pelajar Praktikal UiTM Puncak Perdana

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button