Gosip PanasHiburan

Adam Shahz Dakwa Bekas Isteri Curang, Pernah Dibomoh?

Tengah Cik Kopi godek-godek handphone tengok media sosial kawan-kawan, tiba-tiba mata Cik Kopi tertarik pada rangkaian status yang dimuatnaik pelakon Adam Shahz.

Menerusi laman Twitternya, pelakon yang terkenal dengan filem Juvana 2 dan Juvana 3 itu mendakwa dirinya dibomoh oleh bekas isterinya, pelakon Fatin Afeefa.

“Yes!! Saya dibomoh oleh bekas isteri saya. Dia cuba perbodohkan saya bila saya tahu kecurangan yang dia lakukan.

“Kau tahu kebenaran, kau tahu dosa pahala yang dibuat. Jangan letak kesalahan pada orang lain. Allah SWT Maha Adil kerana statement BODOH kau, kau cuba malukan keluarga aku,” tulisnya.

Dalam status itu juga, Adam, 36, turut mendakwa bekas isterinya itu pernah berlaku curang sepanjang mereka mendirikan rumah tangga dan meminta Fatin berhenti berpura-pura menjadi mangsa keadaan.

“Aku ada semua conversation kecurangan kau. Jadi jangan cuba hendak berlagak kau tu mangsa keadaan,” kata Adam.

Adam dan Fatin, 24, mendirikan rumah tangga pada 21 Disember 2013 sebelum disahkan bercerai pada 30 Mei tahun lalu.

Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan seorang anak perempuan, Ivy Herra Sophia, 3. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button