AntarabangsaKpop

Xuan Yi Dikecam Netizen Kutuk Budaya Masyarkat India

Ahli kumpulan Cosmic Girls, Xuan Yi dikecam hebat netizen selepas video persembahannya menari lagu Hindi dikatakan seakan-akan mengutuk budaya kaum India.

Tindakannya yang menari secara lucu itu dilihat seperti memperlekeh-lekehkan budaya masyarakat India yang sememangnya cukup sensitif dengan tarian tradisional dan budaya mereka.

Ketika menari, Xuan Yi dilihat memakai misai tiruan dan menari sambil mengeleng-gelengkan kepala yang sinonim dengan tarian Hindi.

Netizen tidak menunggu lama untuk menghentam Xuan Yi sebaik video itu tersebar dan rata-ratanya mengutuk tindakannya itu selepas ia disiarkan menerusi sebuah rancangan komedi.

Seorang netizen menulis, “Saya sudah muak dengan program tv di Korea Selatan yang sering kali mempermainkan budaya orang Asia Tenggara/India. Dia mengejek tarian itu. Ia adalah satu perbuatan yang biadap!” – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button