AntarabangsaKpop

Ahn Jae Hyun ‘Buang’ Semua Gambar Dalam Instagram Lepas Bercerai

Peminat pelakon Ahn Jae Hyun melahirkan kebimbangan mereka terhadap aktor tersebut susulan tindakan Jae Hyun yang ‘membuang’ (archieve) semua foto yang berada dalam laman sosial Instagram miliknya.

Jae Hyun dipercayai membuang kesemua gambar dan video di Instagram sebaik sahaja berita penceraiannya dengan bekas isteri, pelakon Goo Hye Sun didedahkan kepada umum minggu lalu.

Sebelum ini, Jae Hyun sentiasa menggunakan medium Instagram untuk berkongsi hal peribadi dan kerjaya kepada 3.3 juta pengikut setianya.

Susulan tindakannya itu, peminat mula risau dengan keadaan diri Jae Hyun yang sebelum ini pernah berkongsikan kesedihannya di atas kematian rakan selebriti, Sulli yang mengambil keputusan menamatkan riwayat hidupnya sendiri, baru-baru ini.

Peminat dan netizen memberikan kata-kata sokongan kepada aktor itu agar dia dapat melepasi episod sedih dalam kehidupannya dengan sebaik mungkin dan berharap dia akan aktif semula di Instagram selepas ini. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button