
Aiman Hakim & Zahirah MacWilson Akui Sedang Dilamun Cinta?
Sejak putus cinta dengan Fathia Latif beberapa tahun lalu, pelakon Aiman Hakim Ridza tidak pernah dikaitkan dengan mana-mana wanita.
Terbaharu menerusi entri di laman sosial Instagramnya, Aiman, 29, memuat naik gambarnya bersama aktres Zahirah MacWilson beserta kapsyen yang sangat manis, seperti pasangan yang sedang dilamun cinta. Malah, Aiman turut menulis hashtag #zahirAH yang menggambarkan gabungan nama kedua-dua mereka.
Tak sampai beberapa jam kemudian, Zahirah, 23, turut memuat naik gambar sama dengan kapsyen, “Now until forever, Insyaallah.”
Walaupun kebanyakan peminat gembira dengan perkhabaran ini sekiranya mereka betul-betul bercinta, tak kurang juga ada netizen mendakwa ini mungkin merupakan strategi mereka untuk melariskan drama terbaharu yang menggandingkan kedua-duanya sebagai pelakon utama menerusi drama Curi-Curi Cinta.
Zahirah sebelum ini pernah bercinta dengan pelakon berbadan kekar, Zul Ariffin sebelum hubungan mereka berantakkan pada awal tahun ini. – KopiPlanet.com
Kredit foto: Instagram Aiman Hakim