Cerita ArtisHiburan

Aizat Amdan Selebriti Kedua Tun Mahathir Follow Di Instagram

Laman Instagram penyanyi Aizat Amdan menjadi akaun selebriti kedua yang diikuti oleh Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Sebelum ini, Tun M turut mengikuti laman Instagram penyanyi No.1 negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza.

Menerusi perkongsian entri di laman Instagram rasmi Tun M, @chedetofficial, beliau mengucapkan terima kasih di atas ucapan ulang tahun kelahirannya yang ke-93 semalam.

Menerusi video itu, lagu terbaharu Aizat, Harapan Jadi Nyata menjadi muzik latar mengiringi ucapan yang dibuat Tun M.

Menerusi laporan KopiPlanet sebelum ini, Aizat berkata lagu hasil ciptaan dirinya dan bapa, Datuk Amdan Mat Din itu dibuat khas bagi menghargai perjuangan Tun M dalam membangunkan negara.

Menurut penyanyi berusia 29 tahun itu, Harapan Jadi Nyata sudah dihasilkan sejak tujuh tahun lalu namun hanya sekarang ia dirakam dan dilancarkan bagi melunaskan impian bapanya yang sangat mengagumi ketokohan Tun M dalam mentadbir negara.

Setakat ini, Instagram Tun M hanya mengikuti lapan profil akaun iaitu Siti, Aizat, anak beliau, Datuk Seri Mukhriz Mahathir, Unicef Malaysia, Armada Bersatu, Parti Pribumi Bersatu Malaysia, PPBM Kedah dan Pakatan Harapan.

Sejak mengetuai pentadbiran negara pada 9 Mei lalu, pengikut Instagram Tun M sudah meningkat kepada lebih 1.4 juta orang. – KopiPlanet.com

Kredit foto: Instagram Aizat Amdan

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button