Cerita ArtisHiburan

Alami Penyakit Misteri Punca Syura Tersingkir GV4?

Syura menjadi mangsa penyingkiran pada minggu separuh akhir Gegar Vaganza 4 (GV4) sekali gus memadamkan impiannya untuk mara ke peringkat akhir minggu hadapan.

Menyanyikan lagu OST Cinta Antara Benua nyanyian asal Arni Nazira dan Dokter Cinta (Dewi-Dewi), persembahan Syura dikritik kurang memberansangkan daripada pihak juri.

“Saya ucapkan terima kasih di atas peluang ini untuk bersama penyanyi yang berkualiti tinggi dan semua peminat serta juri.

“Saya percaya rezeki ada di mana-mana saja.  Terima kasih!” katanya sebaik diumumkan tersingkir.

Walaupun gegarannya terhenti setakat minggu ketujuh namun Syura akui dia sangat berpuas hati dengan persembahannya.

“Saya sangat berpuas hati dengan persembahan saya walaupun mengalami sedikit migrain menjelang hari konsert,” katanya ketika ditemui KopiPlanet.com pada sidang media konsert separuh akhir GV4.

Sementara itu, Syura sempat berkongsi mengenai penyakit misteri yang dialaminya sejak awal Oktober lalu yang mana pada setiap pagi suaranya tidak boleh keluar namun menjelang tengah hari baharu suaranya boleh menyanyi seperti biasa.

Selain itu, dia juga sering merasa kebas di bahagian kiri badannya.

“Sebenarnya saya dah perasan dah sejak Oktober lalu, asal pagi sahaja suara saya mesti hilang, tapi bila dah tengah hari dia jadi okey balik.

“Saya tak tahu macam mana benda ini boleh berlaku. Dia macam penyakit come and go.

“Sampailah satu hari itu saya terserempak dengan pakar motivasi, Datuk Dr Fadzilah Kamsah, beliau tegur macam ada yang tak kena dengan diri saya.

“Kalau kawan-kawan yang cakap macam itu, saya mungkin tak ambil kisah sangat. Tapi yang ini, Datuk Fadzilah sendiri yang cakap, ‘saya seram tengok awak’. Jadi ayat beliau sentiasa bermain-main dalam fikiran saya.  Selepas ini saya merancang unuk pergi berubat,” jelasnya lagi yang masih belum mempunyai sebarang perancangan tetap selepas berakhirnya program GV4.

Dengan penyingkiran Syura atau nama lengkapnya, Zuraidah Badron, 31, kini tinggal enam peserta iaitu Hazami, Aisyah, Liza Hanim, Lan, Tia Jinbara dan Firman bersaing dalam perebutan bergelar juara GV4.

Konsert akhir GV4 akan berlangsung di Pinewood Studio, Johor Bahru.

Minggu separuh akhir diadili juri tetap Datuk Ramli MS dan Hetty Koes Endang serta juri jemputan Datuk Wah Idris dan Datuk Ahmad Tarmimi Serigar.

Juara GV4 akan membawa pulang wang tunai RM100,000, sebidang tanah lot banglo, pakej percutian ke Eropah Timur, set barangan kemas, baucar e-card bernilai RM6,000 dan trofi.

Naib juara pula menerima wang tunai RM50,000, sebidang tanah lot banglo, pakej percutian, set barangan kemas dan trofi manakala tempat ketiga pula membawa pulang RM30,000, sebidang tanah lot banglo, pakej percutian, set barangan kemas dan trofi.

Tempat keempat, kelima dan keenam tidak pulang dengan tangan kosong apabila masing-masing bakal menerima hadiah wang tunai RM20,000, RM15,000 dan RM10,000.

GV4 dihoskan Nabil Ahmad dan Jihan Muse, bersiaran dari Dewan Sri Putra, Bukit Jalil setiap Ahad jam 9 malam.

Ia disiarkan menerusi Astro Ria 104 dan Ria HD 123. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button