• FOLLOW US
Cerita Artis, Hiburan

Alena Murang Selesa Tampil Lagu Papar Kaum Etnik Kelabit

Jika kebanyakan penyanyi gemar memasukkan elemen pop kontemporari menerusi lagu nyanyian mereka, perkara ini berlainan buat penyanyi kelahiran Kuching, Sarawak, Alena Murang, 30, yang kini tampil dengan single Midang Midang.

Menurut Alena, dia senang memasukkan elemen bahasa suku kaum etnik Kelabit yang merupakan asal-usul keturunannya serta buat masa ini dia tidak bercadang untuk menghasilkan lagu dalam bahasa Melayu atau Inggeris.

“Buat masa sekarang, saya tiada sebarang perancangan untuk menghasilkan single dalam bahasa Melayu atau Inggeris. Saya rasa dengan menghasilkan lagu menggunakan bahasa daripada suku etnik ia dapat memastikan bahasa itu terus terpelihara dan tidak dilupakan.

“Kebanyakan lagu etnik Kelabit ini mengandungi elemen-eleman alam sekitar dan disebabkan itu kami sepakat menjayakan penggambaran muzik video lagu Midang Midang yang dibuat di sekitar Miri dan Bario, Sarawak,” katanya kepada KopiPlanet.com ketika ditemui pada majlis pelancaran muzik video Midang Midang yang berlangsung di GSC Quill City Mall, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Midang Midang bermaksud jemuran panas dan lagu berkenaan lebih memaparkan kepada budaya suku kaum Kelabit itu sendiri.

Penggambaran muzik video yang diarahkan Sarah Lois itu berlangsung selama lima hari dan ia turut mendapat sentuhan ‘color grading’ daripada sebuah produksi popular yang berpangkalan di Los Angeles, Amerika Syarikat.

Berkebolehan bermain alat muzik sape, Alena sebelum ini pernah melibatkan diri dalam festival muzik di luar negara seperti di Australia, Iceland, Amerika Syariakt, Sepanyol, Itali, Jerman dan Nigeria. – KopiPlanet.com

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Send this to a friend