• FOLLOW US
Cerita Artis, Hiburan

Alif Dan SonaOne Lancar Single Dan Muzik Video Obvious

Dua penyanyi rap popular, Alif dan SonaOne kini telah tampil dengan sebuah single hasil kolaborasi bersama iaitu Obvious.

Diterbitkan dan ditulis bersama oleh Alif dan SonaOne, Obvious menerima adunan bertaraf dunia apabila mendapat sentuhan daripada Jimmy Cash yang berpangkalan di Cha Ching Studios North Hollywood, California dan diberi final touch oleh calon Anugerah Grammy, Chris Athens dari Chris Athens Masters Austin, Texas.

“Kami mulanya menulis lagu ini sebagai satu penghormatan kepada keyakinan diri seorang wanita. Semakin kami mendalami subjek ini kami sedar bahawa mesej yang terkandung di dalamnya lebih besar dan boleh dikaitkan dengan semua.

“Kadangkala manusia terlalu memikirkan apa yang orang fikirkan tentang mereka sehingga mereka melupakan apa yang ada di hadapan mata mereka atau sedar tentang perkara-perkara kecil berkenaan diri mereka yang sebenarnya sangat ketara atau obvious di mata orang lain,” kata Alif.

Serentak dengan pelancaran Obvious, pasangan duo itu turut merasmikan muzik video Obvious yang diarahkan oleh Nasri Lian.

Obvious yagn diterbitkan Sony Music dan Kartel Music kini sudah boleh dimuat turun di semua platform digital bermula Jumaat lalu. – KopiPlanet.com

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Send this to a friend