Cerita ArtisHiburan

“Allah Berikan Jalan Hidup Semakin Hari Semakin Menarik”

Pelakon dan pengarah Datuk Farid Kamil meluahkan perjalanan hidupnya semakin hari semakin menarik seperti yang diatur oleh Allah SWT.

Farid berkata demikian sebaik dibebaskan dengan ikat jamin tepat jam 2.50 petang tadi.

“Syukur Alhamdulilah, Allah telah memberikan cerita jalan hidup saya semakin hari semakin menarik,” katanya ketika ditemui pihak media di Kompleks Mahkamah Majistret Petaling Jaya hari ini.

Farid kelihatan ceria dan lebih bersemangat berbanding ketika ditahan polis pada Khamis lalu.

Aktor berusia 37 tahun diikat jamin sebanyak RM12,000 oleh adiknya, Fadzil Zahari.

Farid dibawa keluar dari kompleks mahkamah menaiki kenderaan Toyota Vellfire, diiringi Fadzil dan seorang lagi adiknya, Anis Anwar.

Menurut Farid, sebaik dibebaskan dia ingin segera berjumpa dua anaknya, Muhammad, 5 , dan Nur Aurora, 3 tahun.

Terdahulu, Farid mengaku tidak bersalah di atas empat pertuduhan jenayah iaitu mencederakan orang awam dan anggota polis, berkelakuan tidak senonoh dan menganggu tugas penjawat awam.

Kes ini disebut semula pada 5 Mac ini. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button