Cerita ArtisHiburan

Amar Baharin Kongsi Kejutan Amyra Rosli Hamil Anak Kedua

Pelakon Amar Baharin berkongsi khabar gembira tentang isterinya, Amyra Rosli kini sedang hamil anak kedua pasangan itu.

Amar mendapat kejutan gembira itu apabila Amyra memberikannya alat penguji kehamilan ketika menyambut ulang tahun kelahiran aktor itu yang ke-34 tahun malam tadi.

“Hari ini 1 Julai 2019 adalah hari yang penuh bermakna sebab selain ulang tahun kelahiran saya yang ke-34, isteri saya Amyra Rosli bagi hadiah pregnancy test yeah,” tulis Amar menerusi video perkongsiannya di Youtube.

Pasangan ini yang berkahwin pada 11 November 2016 dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Aqeef Anaqi yang kini berusia dua tahun. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button