• FOLLOW US
Cerita Artis, Hiburan

Ambil Iktibar, Usop Mentor Enggan Layan Panggilan Video Peminat

Penyanyi yang lahir daripada program realiti Mentor, Usop atau nama sebenar Saiful Naim Muhd Noor, 22, mengakui dia mengambil pendekatan tidak akan melayan panggilan video daripada peminatnya.

Menurut Usop dia berasa ‘trauma’ dengan perkara itu kerana mengambil iktibar daripada kes melibatkan beberapa selebriti yang tersebar gambar dan video tidak senonoh gara-gara video call seperti heboh diperkatakan sebelum ini.

“Saya memang kena berhati-hati sebab saya paling takut kalau video call dengan orang. Dulu tiada teknologi canggih macam sekarang. Saya memang akan mengelak kalau ada peminat yang minta nak video call dengan saya dan saya pun tak tahu macam mana mereka dapat nombor telefon saya. Tapi saya memang tidak akan angkat kalau nombor itu saya tak kenal.

“Saya buat macam ini sebab ambil iktibar daripada selebriti dalam industri yang pernah terkena dengan kontroversi sebegini. Saya takut kalau terjadi apa-apa malu saya satu keluarga,” katanya kepada KopiPlanet.com ketika ditemui pada majlis berbuka puasa anjuran Rocketfuel Entertainment di Hotel Berjaya Times Square, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Dalam pada itu, penyanyi lagu Aku Yang Bersalah ini juga berkata buat masa sekarang dia ingin memberikan fokus terhadap kerjayanya dan enggan terlalu terburu-buru dalam mencari pasangan hidup.

“Saya takut nak kenal perempuan sebab bila orang dah tawar harapan pada saya takut dia akan kecewakan saya kemudian hari. Jadi, sebab itu sekarang saya lebih senang beri fokus kepada kerjaya yang baru nak berkembang.

“Kadang-kadang kalau ada masa senggang, saya rajin juga balas DM daripada peminat. Saya balas semua tidak memilih sebab ada sesetengah lelaki cuma akan balas perempuan yang cantik sahaja kan, itu lumrah. Namun, saya hargai semua peminat dan sebab itu saya balas semua DM mereka,” katanya lagi.

Sempena kedatangan hari lebaran ini, Usop berkolaborasi dengan tiga lagi rakan artis, Ara Johari, Sufi Rashid dan Masya Masyitah tampil dengan single raya mereka berjudul Sempurna Seadanya yang diterbitkan oleh syarikat pengurusan, Rocketfuel Entertainment. – KopiPlanet.com

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Send this to a friend