Cerita ArtisHiburan

Amira Othman Tolak Lelaki Panas Baran Jadi Bakal Suami

Penyanyi Amira Othman mendedahkan di fasa usia sekarang dia sudah mula memikirkan tentang jodoh dan merancang untuk mendirikan rumah tangga dalam tempoh dua tahun lagi.

Walaupun mengakui masih belum mempunyai hubungan istimewa dengan mana-mana jejaka, Amira, 26, mengimpikan seorang teman hidup yang bukan dari kalangan selebriti selain jejaka itu haruslah seorang yang tidak panas baran.

“Saya masih solo, tiada mana-mana hubungan istimewa dengan mana-mana lelaki. Hal-hal mengenai jodoh saya agak takut nak kongsi, sebab kalau tidak menjadi mungkin saya akan rasa tertekan. Saya tidak akan kongsi apa-apa mengenai kawan lelaki selagi dia tidak ajak saya untuk berkahwin.

“Kalau boleh saya nak berkahwin usia 28 tahun, jadi ada lagi dua tahun untuk saya kejar. Ini perancangan sayalah. Kalau ikutkan ciri-ciri lelaki idaman saya, saya kalau boleh tidak mahu bakal suami berada dalam kalangan orang industri sebabnya saya ini mudah cemburu orangnya. Selain itu, saya kalau boleh akan elakkan diri daripada lelaki panas baran,” katanya kepada KopiPlanet.com.

Amira ditemui pada majlis pelancaran lagu runut bunyi (OST) filem Motif berjudul Takkan Merubah, lagu duetnya dengan Sufian Suhaimi yang diadakan di Red Box Pavilion, Kuala Lumpur semalam.

Menurut Amira atau nama sebenarnya, Nadia Amira Othman ini, dia sememangnya bersikap memilih dalam memilih bakal suami kerana ia adalah suatu perkara yang perlu diberi perhatian dalam mencari pasangan hidup.

“Orang selalu akan cakap yang saya terlalu memilih tapi ustazah saya pernah cakap memang kita harus memilih sebab kalau boleh kita nak hidup selama-lamanya dengan pilihan hati.

“Bagi saya kalau lelaki itu kaya tetapi tidak baik hati budinya pun tidak boleh juga. Bagi saya asalkan seseorang lelaki itu rajin berusaha memajukan kehidupannya itu sudah cukup bagus. Selain itu, saya juga sukakan lelaki yang bersifat ‘family man’ sebab saya juga seorang yang sangat rapat dengan keluarga.

“Ibu bapa saya tidak pernah menggesa saya bila nak kahwin malah mereka beri sepenuh kebebasan buat saya dalam perkara ini,” ujar Amira lagi. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
1
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
1
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button