
Amyra Rosli Tak Tanya, Tak Mahu Guris Hati Syafiq Kyle
Pelakon Amyra Rosli berkata dia tidak pernah bertanyakan tentang kontroversi penyebaran video lucah mirip rakan gandingannya dalam drama Nur, Syafiq Kyle kepada aktor berkenaan.
Menurut Amyra, kesemua pelakon dan krew produksi Nur tidak pernah bertanyakan mengenai isu itu menerusi aplikasi grup WhatsApp kerana menghormati dan enggan menguris perasaan Syafiq.
“Kami yang terlibat dalam drama Nur ada grup WhatsApp tapi tiada siapa bertanya mengenai perkara itu kerana menghormati dia dan situasi yang dihadapinya sekarang sudah cukup sukar.
“Saya sendiri pun tidak bertanya apa-apa kerana tidak mahu menguris perasaan Syafiq tambahan pula saya sendiri pun tidak tahu situasi sebenar,” katanya kepada KopiPlanet.com.
Amyra ditemui pada majlis Tayangan Program Syawal Media Prima 2018 di Hotel New World, Petaling Jaya semalam.
Amyra, 27, turut meminta semua pihak memberi ruang kepada aktor itu untuk menyelesaikan masalah tersebut selain tidak terus-terusan membuka aib orang.
“Apa yang boleh saya katakan perkara lalu jangan dibangkitkan atau membuka aib seseorang itu dan berikan ruang kepadanya untuk menyelesaikan masalah tersebut,” katanya.
Video aksi lucah seorang lelaki mirip Syafiq mula tersebar sejak malam Ahad menerusi laman Twitter seperti yang dikongsikan seorang netizen.
Video berdurasi dua minit itu menjadi perbincangan hangat termasuklah ada pihak yang mahu menjual versi penuh video itu kepada netizen pada harga RM20. – KopiPlanet.com
Kredit foto: Instagram Syafiq Kyle